TANDA-TANDA PENYAKIT PADA DIRI KITA
Tanda sakit yang selalu kita rasakan pada tubuh badan kita
ada hubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh
mana kesihatan diri kita,
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang
tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses
pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.
Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin
sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan
hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana
tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan
kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian
kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan.
iii) Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
i). Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong.
ii). Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang
berlebihan.
iii). Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang
banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering : Badan kita kekurangan air. Proses
membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan
kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih
serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang
kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan
toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan
sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit :Menunjukkan jantung mempunyai
masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari
tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut
untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi
toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang
lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang
setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui
perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang
tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu
banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk
Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses
gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a) Sakit sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi
berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism)
.
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah
menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan
tidak lancar.
c) Kebas Tangan Kiri dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau
sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan
serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan
tidak lancar.
e) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat
kelamin.
g) Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah
pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal di Celah-celah Kaki : Menunjukkan tanda awal
penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot) akibat bakteria tidak terkawal.
14. TANDA-TANDA DALAMAN
a) Kepala.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian
kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b) Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala.
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan
mental dan banyak berfikir.
c) Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala.
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah
tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan
darah tinggi atau tekanan darah.
d) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga :
Menandakan penyakit migrain.
e) Bisul Terjadi di Kepala
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang
dikaitkan dengan penyakit migrain.
f) Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau
pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a) Loya / Muntah . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan
toksik dari bahagian perut.
b) Muntah Darah
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di
bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di
bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi
kotoran yang
b) Air Kencing yang Berkapur : Menunjukkan penyakit batu
karang dalam buah pinggang.
c) Air Kencing yang Berminyak : Menunjukkan buah pinggang
mengandungi kotoran berlemak.
d) Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat : Menandakan
proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah
pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan
dari usus besar.
b) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) Najis Berdarah
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di
bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan
toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) Rasa Sakit : segala kesakitan badan adalah disebabkan
saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang
berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh : Badan mengandungi
asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.
c) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang
berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses
pembuangan toksin.
d) Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses
awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan
darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
~ Sistem penghadaman yang lemah.
Sukar untuk bernafas atau termengah- mengah ketika bernafas.
~ Salah satu tanda- tanda pertama kanser paru- paru yang
harus diingat oleh pesakit adalah kesukaran mereka untuk bernafas. Malah
kadangkala berjalan sedikit sahaja boleh menyebabkan mereka termengah- mengah.
Batuk kronik atau sakit dada.
~ Beberapa jenis kanser termasuklah leukemia dan tumor paru-
paru boleh menyebabkan gejala- gejala yang hampir sama dengan batuk teruk atau
bronchitis. Satu cara untuk membezakannya adalah apabila masalah itu
berlanjutan atau hilang dan datang semula, sekiranya tetap sama. Sesetengah
pesakit kanser paru- paru melaporkan, sakit dada mereka akan naik sehingga ke
bahu atau ke bawah lengan.
Kekerapan demam atau mengalami jangkitan.
~ Perkara yang disebutkan ini boleh merupakan tanda- tanda
penyakit leukemia, iaitu kanser pada sel- sel darah yang bermula dalam tulang
sum- sum. Sering kali doktor hanya mengesan leukemia terhadap orang dewasa
selepas pesakit mengadu mereka demam, kesakitan dan gejala- gejala seperti
selesema dalam jangka masa yang panjang.
Kesukaran untuk menelan makanan.
~ Masalah ini selalunya berkait rapat dengan kanser tekak.
Sukar menelan makanan juga kadangkala tanda- tanda pertama seseorang itu
menghidap kanser paru- paru.
Nodus limfa membengkak atau wujudnya benjolan pada leher,
ketiak dan pangkal paha.
~ Pembesaran nodus limfa menunjukkan perubahan yang berlaku
pada sistem limfatik. Benjolan pada nodus limfa pada bawah ketiak kadangkala
adalah tanda- tanda penyakit kanser payudara. Benjolan yang tidak menyakitkan
pada bawah leher, ketiak, atau pangkal paha juga boleh menunjukkan tanda- tanda
awal leukemia.
Lebam melampau atau pendarahan yang tidak terhenti.
~ Gejala- gejala ini selalunya menandakan perkara tidak
normal berlaku terhadap platelet dan sel- sel darah merah. Ia juga adalah
tanda- tanda leukemia. Lebam- lebam boleh berlaku di tempat- tempat luar biasa
seperti pada jari- jari dan tangan, dan juga tompok- tompok merah pada muka,
leher dan dada. Kadangkala pendarahan pada gusi juga boleh berlaku.
Lemah dan lesu
~ Lesu dan lemah adalah gejala- gejala terhadap pelbagai
jenis kanser yang perlu anda lihat. Ia juga boleh bergabung dengan gejala-
gejala lain. Jika anda mengalami letih melampau tanpa sebarang sebab dan tidak
boleh dihilangkan selepas tidur dengan secukupnya, segera bertemu dengan
doktor.
Badan mengembung atau penambahan berat badan yang tidak
normal .
~ Masalah ini selalunya berlaku pada wanita yang menghidap
kanser ovari. Pengembangan pada badan ini datang secara tiba- tiba dan akan
bersambung semula atau hilang dalam jangka masa yang panjang.
Perut rasa kenyang dan sukar untuk makan.
~ Salah satu tanda kanser ovari adalah tidak ada selera
makan dan tidak boleh makan walaupun mereka masih belum mengambil sebarang
makanan.
♡♡Pelihara kesihatan telapak kaki anda agar sistem saraf
anda dapat membantu mencegah serta merawat diri anda sendiri sebaik mungkin♡♡
Untuk
info gurah dan Herbal hubungi :
Rumah
Sehat Thera Afiat
Jl.
Kelapa Sawit Blok D/D No. 15
Samping
Pusat Kajian Al Quran dan Informasi Islam
Kelapagading
Telp./WA 08111494599
08788
3171247
Pin
28303BAC
Source:
Label :
Tanda Penyakit Pada Tubuh, Tanda2 Penyakit, Tanda Penyakit
Pada Diri, RS Thera Afiat, Kelapa Gading, Verri JP MA, artikel
Tidak ada komentar:
Posting Komentar